Anda berada di: Laman Utama

Jamuan Akhir Tahun & Rehlah Guru SMIH

E-mail Cetak PDF

Program Jamuan Akhir Tahun & Rehlah Guru SMIH 2009 telah berjaya dijalankan pada 23 Nov 2009 bertempat di Taman Merdeka, Johor Bahru pada jam 1.00 - 4.00 petang.

Turut serta ialah para Kakitangan Bukan Akademik (KBA) yang sama-sama berganding bahu menjayakan perjalanan P&P dan pengurusan SMIH.Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwwah di kalangan staf di SMIH bagi memantapkan perjalanan SMIH sebagai institusi pendidikan berteraskan Islam.

Antara hadiah cabutan bertuah yang menjadi rebutan para guru dan staf KBA yang hadir.

Pengetua SMIH, Puan Hajjah Kamaliah bt Noordin sedang memberikan ucapan pembukaan program dengan kata-kata penuh semangat.

Para ustaz dan staf KBA yang sedang memperkenalkan ahli-ahli kumpulan pada sesi ta'aruf

Ustazah Hamizah tersenyum lebar kerana beliau berjaya menjadi insan bertuah mendapat hadiah cabutan bertuah. Para guru dan staf yang lain hanya tumpang gembira Laughing

Puan Pengetua sedang menantikan guru atau staf seterusnya untuk menerima hadiah...