Anda berada di: Laman Utama Pendidikan PPH Sekolah Rendah Syarat Kemasukan

Maklumat Pengambilan Pelajar Tahun 1 SRIH

E-mail Cetak PDF

 Permohonan kemasukan pelajar tahun 1 Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) kebiasaannya dibuka pada bulan Mei setiap tahun untuk kemasukan tahun pengajian berikutnya.  Anda boleh mendaftar secara online. Selepas itu, pihak sekolah akan menghubungi tuan.  Berikut adalah proses seterusnya yang perlu difahami oleh ibu bapa yang memohon.

Terdapat 3 perkara utama yang perlu difahami oleh ibu bapa calun pelajar iaitu seminar, ujian pelajar dan sesi temuduga.  Proses penyaringan ini dilakukan disebabkan bilangan permohonan yang melebihi tempat yang terhadap.

Hanya 180 orang pelajar tahun 1 sahaja boleh diterima masuk ke SRIH setiap tahun. 

 

 

Seminar Pendidikan Untuk Ibu Bapa Cetak  
 

Seminar ini dikhususkan kepada ibubapa bakal pelajar tahun 1 Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH). Ia biasanya dianjurkan pada bulan September.  

 

 Tarikh September setiap tahun
 Masa 8 pagi hingga 1.30 petang
 Tempat Dewan Badar, SRIH

 

Semua ibu bapa yang memohon untuk mendaftarkan anak mereka ke tahun 1 SRIH akan diwajibkan menghadiri seminar ini.  SRIH akan menjemput mereka menghadiri seminar ini.

Sebagaimana amalan biasa, kehadiran ibu bapa dalam seminar ini akan diambil kira dalam menyaring pelajar tahun 1 yang akan diterima masuk ke SRIH.

 

 

Temuduga Ibu bapa & ujian pelajar
 

 Calun-calun pelajar tahun 1 Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) yang telah memohon mendaftar akan dikehendaki menduduki ujian.  Markah akan diberikan kepada calun mengikut prestasi menjawap soalan.

 

 Tarikh Oktober setiap tahun
 Masa 8 pagi hingga 1.30 petang
 Tempat Dewan Badar, SRIH

 

Ketika pelajar menjalani ujian, ibu bapa mereka akan menjalani sesi interview.  Markah juga akan diberikan semasa temuduga ini.

Markah ujian calun, sesi temuduga ibu bapa dan markah kehadiran ibu bapa dalam seminar akan dikumpulkan. 

Kejayaan permohonan pelajar untuk masuk ke tahun 1 SRIH bergantung kepada jumlah markah berkenaan.

 

Kejayaan permohonan pelajar untuk masuk ke tahun 1 SRIH bergantung kepada jumlah markah:

Seminar ibu bapa,

Ujian pelajar,

sesi temuduga ibu bapa

 

Ibu bapa calun akan diwajibkan menghadiri seminar pendidikan anjuran SRIH

Pelajarakan dikehendaki menduduki ujian

Ibu bapa pelajar pula akan menjalani sesi temuduga 

Setiap perkara di atas akan diberikan markah. 

 

Hanya pelajar yang berjaya mengumpul markah yang ditetapkan sahaja akan diterima masuk ke tahun 1 SRIH

Sila rujuk Kalender Aktiviti untuk maklumat terkini seminar, ujian dan sesi temuduga