Anda berada di: Laman Utama

AL-IKHLAS Cambridge English

E-mail Cetak PDF
       

 

SMIH Form 1 Placement Test Results          Course Description        Al-Ikhlas Homepage

 1 hb Januari 2011

Para ibubapa yang dihormati,

KURSUS BAHASA INGGERIS  ‘AL-IKHLAS CAMBRIDGE ENGLISH’ DI SEKOLAH RENDAH AND MENENGAH ISLAM HIDAYAH: JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT KURSUS DAN ‘PLACEMENT TEST’ UNTUK SEMUA PELAJAR PUSAT PENDIDEKAN HIDAYAH PADA HARI SABTU 8HB JANUARI 2011

Kemahiran dalam bahasa Inggeris menjadi semakin penting dari hari ke hari. Kini, bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar di sekolah dan universiti, di internet dan dunia perdagangan. Penguasaan kemahiran bahasa Inggeris akan membantu mempertingkatkan wibawa dan kredibiliti seseorang.

Di Al-Ikhlas Cambridge English, kami mengendalikan Kursus Bahasa Inggeris bagi semua tahap; kanak-kanak, penuntut remaja dan juga orang dewasa. Sebagai ahli sebuah Pusat Peperiksaan yang diperakui oleh Universiti of Cambridge ESOL (English for speakers of Other Languages) Examinations, kami mengendalikan kursus yang mempersiapkan pelajar kepada peperiksaan Cambridge, yang diiktiraf di seluruh dunia. Kami mengendalikan kursus seperti berikut:

  • Program ‘Cambridge Young Learners English’, pada empat tahap – Junior English, Starters, Movers, , Flyers dan Fantastic Flyers bagi pelajar sekolah rendah, untuk memberikan asas yang kukuh kepada mereka.
  • ‘Cambridge Main Suite’, pada lapan tahap – bagi pelajar sekolah menengah untuk menyediakan mereka dalam melanjutkan pelajaran di kolej dan universiti.
  • ‘Conversational English dan Business English’, pada tiga tahap bagi pelajar dewasa. Ini akan membawa mereka kepada Cambridge Business English Certificates yang sangat berprestij.

Kursus Bahasa Inggeris ‘Al-Ikhlas Cambridge English menitikberatkan keempat-empat kemahiran bahasa – bertutur, mendengar, membaca dan menulis.

 Sukacitanya pihak pengurusan sekolah bersetuju untuk menjadi pusat pengendalian program Cambridge Main Suite khusus untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah dan Rendah Islam Hidayah.

Ibubapa dengan hormatnya di jemput untuk membawa anak-anak untuk mendapatkan “PLACEMENT TEST” yang bernilai RM50 secara percuma di Pusat Pendidekan Hidayah pada:

 

Tarikh:  8hb Januari 2011

Hari   :  Sabtu

 

Masa  Sessi pertama 930pg hingg 1030pagi

             Sessi kedua    10.30pg hingga 11.30pagi

             Sessi ketiga     11.30pg hingga 12.30 tgh

 

Tempat: Dewan Al-Qaisiyah

Kelas Bahasa Inggeris Cambridge ini akan dimulakan di premis sekolah pada minggu pertama bulan Febuari iaitu pada 5hb.

Sila hubungi kami atau lawatilah premis kami untuk keterangan yang lebih terperinci. Kunjungan tuan/puan sangat kami alu-alukan.

Boleh hubungi pejabat kami 07-5581140 di Taman Nusa Bestari Dua atau 0162176324 atau hubungi saya 0192249112.

 

Terima kasih.

Dengan takzim

 

Ass. Prof. Noraiza Che Awang

Executive Director/Group Principal

Al-Ikhlas Cambridge Group Sdn Bhd