Anda berada di: Laman Utama

Pembukaan Semula Sekolah

E-mail Cetak PDF

SRIH & SMIH akan dibuka semula pada 10 Ogos 2009. Berikut adalah surat makluman:

Ruj.Kami:LPH10.4/09/

 2 OGOS 2009

 Kepada,

Ibu bapa / penjaga Pelajar,

Sek. Ren. Islam Hidayah /

Sek. Men. Islam Hidayah.

 Assalamualaikum wmt wbt.

Tuan/puan,

PENUTUPAN SEMENTARA SEKOLAH

Seperti yang diketahui oleh semua ibu bapa/penjaga, wabak demam semakin merebak di Sekolah Hidayah.

 2.  Sehubungan itu, adalah dimaklumkan bahawa, untuk memelihara kesejahteraan anak-anak kita bersama, pihak kami telah membuat keputusan bahawa Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah akan ditutup mulai dari tarikh 4/8/09 (Selasa) sehingga 9/8/09 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula  pada hari Isnin, 10/8/09.

 3.  Semua aktiviti sepanjang minggu tersebut termasuk semua program hujung minggu ditangguhkan.

4.   Bagi pelajar Sekolah Menengah, Ujian Bulanan 2 akan ditunda ke tarikh 17 - 21/8/09.

Sekian untuk makluman pihak tuan/puan. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi LPH, Prof Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali (019-7133977), Guru Besar SRIH, Us. Mohd Jelani Ramly (019-7166451) atau Pengetua SMIH, Pn. Kamaliah Noordin (019-7540410).

Segala kerjasama yang diberikan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

 Yang menjalankan amanah,

 PROF. DR. HJ. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI

Pengerusi,

Lembaga Pengelola Hidayah.
 

Kategori Berita

Derma ke Dana Hidayah Melalui Kad Kredit 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Pengunjung Hidayah

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini229
mod_vvisit_counterKelmarin310
mod_vvisit_counterBulan ini12831
mod_vvisit_counterKeseluruhan1017024

Online (20 minit yang lalu): 7
Tarikh: Jul 24, 2014

Who's Online

Kami ada 20 tetamu online