|
Saudara dan saudari yang budiman,
|
![]() |
|
SEJARAH AWAL
PERKEMBANGAN Pada tahun 1991 SRIH telah berpindah ke tapak tetapnya dengan tenaga kerja ketika itu seramai 11 orang, mendidik pelajar ketika itu seramai 87 orang. Sejak berpindah ke tapak tetapnya, SRIH semakin dikenali ramai dan menjadi antara pilihan ibu bapa sekitar Johor Bahru dan Singapura untuk menghantar anak mereka mendapat pendidikan di SRIH. Sehingga tahun 2000, pelajar SRIH telah bertambah pada kadar 37% setahun. Lihat statistic tahunan.
PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH Perkembangan memberangsangkan SRIH telah meyakinkan Lembaga Pemegang Amanah (BOT ) untuk menubuhkan sekolah menengah. Pada sessi 1995/96 Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) telah ditubuhkan. Setelah 2 tahun beroperasi, SMIH mendapat sambutan melebihi kadar tahunan SRIH. Kini SRIH dan SMIH telah diletakkan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Sekolah Islam Hidayah.
STATISTIK TAHUNAN |
|
| APA STATUS SEKOLAH? SRIH dan SMIH adalah sekolah yang menawarkan pendidikan bersepadu mengabungkan matapelajaran akademik dan Deeniah. Ia beroperasi tanpa bantuan kewangan kerajaan sebaliknya semata-mata bergantung kepada bantuan orang ramai dan bayaran yuran pelajar. Walau bagaimanapun SRIH dan SMIH tetap mendapat pengiktirafan kerajaan apabila diterima pendaftarannya di bawah Kementerian Pelajaran dan Majlis Agama Islam Johor. SRIH dan SMIH telah diterima mengendalikan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. |
![]() |
| PEMILIKAN SEKOLAH PPH ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah ( BOT ) yang didaftarkan di bawah Pendaftar Syarikat (ROC) atas nama Pusat Pendidikan Hidayah Berhad (525008-P), selaku pemilik kepada sekolah. PPH didaftarkan sebagai "non profit making company". BOT berperanan menentukan dasar dan polisi PPH. Urusan pentadbiran harian sekolah pula dikendalikan oleh Lembaga Pengelola Hidayah (LPH). |
|
|
KEDUDUKAN TERKINI (2013) Kini SRIH mempunyai 1,132 pelajar dan 74 orang guru. SMIH pula mempunyai 650 pelajar dan 62 orang guru. SRIH dan SMIH kini menjadi antara pilihan ibubapa mendapat pendidikan Islam untuk anak mereka. Kini, pelajar SRIH dan SMIH bukan sahaja berasal dari Johor, tetapi juga Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dan Indonesia.
KEMUDAHAN BANGUNAN Semua bangunan yang dibina di Sekolah Islam Hidayah adalah hasil sumbangan orang ramai. Pada tahun 1999, buat kali pertama, PPH juga telah berjaya membina bangunan 4 tingkat. Ia dapat menempatkan 21 bilik darjah, bilik guru dan bilik air yang selesa. Ia mula digunakan pada sesi persekolahan 2002. Pada tahun 2010, PPH membina pula bangunan 3 tingkat untuk SMIH. Pembinaan telah dimulakan pada Desember 2010 dan dijangka siap pada Dec 2011. Angaran kos RM 1.265 juta. PPH juga berjaya membina Bangunan bengkel untuk SMIH. Ia menempatkan 4 bengkel pertukangan iaitu pertukangan Kayu, Elektronik, Jahitan dan Perpaipan. Kos pembinaan menelan belanja lebih RM 300,000. Pada Nov 2012, PPH membina pula bangunan 3 bilik darjah untuk SRIH. Bangunan ini dapat disiapkan dalam masa 45 hari dan mula digunakan pada awal sesi persekolahan 2013. Pada tahun 2013, PPH merancang untuk membina bangunan 4 tingkat untuk kegunaan SRIH. Bangunan ini dijangka menelan belanja RM 2.4 juta. Segala perancangan arkitek dan jurutera telah pun siap. Pihak sekolah kini sedang mengumpulkan dana untuk membina bangunan ini. Dengan siapnya bangunan ini dijangka dapat menyediakan 21 bilik darjah yang akan digunakan untuk pelbagai kemudahan untuk SRIH. |
|
|
PEPERIKSAAN DITAWARKAN Di SMIH pula pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semasa tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa di t=tingkatan 5. Kedua-dua PMR dan SPM dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
|
|
|
PENCAPAIAN
|
|
|
PERANCANGAN MASA DEPAN |
|
|
INGIN MEMBANTU? http://www.facebook.com/SekolahIslamHidayah
|
|
Profail 













