|
Latihan sukan tahunan bermula esok !! |
|
|
|
Sekolah Rendah Islam Hidayah akan mula menjalani latihan sukan tahunan bermula esok, Rabu ( 3 Februari 2010 ). Sepertimana makluman yang telah diedarkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa melalui anak mereka masing - masing pada minggu lepas, berikut dimaklumkan sekali lagi jadual pembelajaran sepanjang tempoh latihan tersebut : 1) Mula latihan : Rabu , 3 Februari 2010 2) Masa latihan : Bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi setiap hari 3) Rehat : 10.00 hingga 11.00 tengahari 4) Dari 3 Februari hingga 5 Februari : Masa pembelajaran mengikut jadual masa ke - 7 hingga ke - 11 5) Minggu seterusnya : Masa pembelajaran adalah mengikut jadual masa pertama hingga ke - 6. Diharap ibu bapa dapat memastikan anak masing - masing menggunakan jadual yang betul sepanjang tempoh latihan ini. Sekian, harap maklum. |